BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi. Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu. Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India. Sulaiman mengekalkan kerusi DUN Tenang di dalam pilihan raya umum lepas selepas menghadapi tentangan calon PAS yang sama – Mohd Saim Siran. Beliau menang dengan majoriti 2,492 undi.  Kerusi DUN yang terletak di kawasan parlimen Labis, merupakan bekas kubu kuat presiden MCA, Dr Chua Soi Lek kini diwakili anaknya, Chua Tee Yong. Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi. Satu lagi kerusi DUN Labis turut dimenangi calon BN, Tan Kok Hong dengan majoriti 1,944 undi. Terdapat 14,511 pengundi berdaftar di DUN Tenang di mana 50% merupakan pengundi Melayu. Pengundi Cina dan India masing-masing membentuk 39% dan 12%.

Berita Dari Blog

Blog Peneroka

Berita Politik Labis

Friday, December 24, 2010

Senarai Calon DUN Tenang - PAS 4, UMNO 7

PAS Labis  dan UMNO Labis telah mempunyai senarai calon untuk dipertimbangkan – yang bakal memikul cabaran pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri DUN Tenang di Johor yang akan diadakan akhir bulan depan.
PAS telah menyenarai pendek empat nama untuk mewakili Pakatan Rakyat, manakala Umno menyenarai seramai tujuh nama untuk mewakili Barisan Nasional yang akan diserahkan kepada kepimpinan tertinggi parti masing-masing untuk membuat keputusan.
Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha wakil rakyat Umno-BN pada 17 Disember lepas.
Menurut Yang Dipertua PAS kawasan Labis Mohd Salleh Abdullah,pihaknya akan mengemukakan empat nama kepada PAS Johor sebelum dibawa ke PAS pusat untuk memilih siapa yang layak untuk mewakili Pakatan Rakyat.
“Soal calon saya tidak boleh nak cakap kerana saya tiada kuasa tapi apa yang boleh saya katakan empat nama telah disenarai pendek untuk diserahkan kepada PAS negeri sebelum dibawa ke PAS pusat untuk buat keputusan
“Calon-calon yang kita kemukakan ini adalah berwibawa semuanya adalah anak jadi Johor ” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Umno Labis Abd Razak Abd Rashid berkata, calon yang akan mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu adalah anak tempatan Labis
“Calon kita memang anak tempatan, kita dah senarai pendek tujuh nama untuk diserahkan kepada Badan Perhubungan Umno Johor sebelum dibawa ke Umno pusat untuk buat keputusan
“Kita, Umno-BN sedia untuk menghadapi serangan daripada pembangkang dan mempertahankan kerusi ini ” katanya
Beliau yakin Umno-BN yang kini dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan mempertahankan kerusi DUN Tenang daripada dirampas Pakatan Rakyat.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kerusi DUN Tenang mempunyai 14 753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Daripada jumlah tersebut, seramai 7,014 orang (47.54%) adalah pengundi Melayu, 5,766 (39.08 %) Cina, 1,780 (12.07%) India, enam Bumiputera Sabah (0.04%), lima Bumiputera Sarawak (0.03%) dan 171 orang Asli (1.16%) serta lain-lain seramai 11 orang (0.07).

Sunday, December 19, 2010

Mazlan Aliman Calon PAS PRK DUN Tenang ?


Tinjauan rambang di kalangan penyokong PAS di Labis dan khususnya kawasan dewan undangan negeri Tenang, mereka berpendapat calon PAS yang paling sesuai ialah Mazlan Aliman.

Mazlan merupakan AJK PAS Pusat, ketua penerangan PAS Johor dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Adun Tenang Johor,Datuk Sulaiman Taha, 59 tahun meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri pada 17 Disember yang lalu kerana jangkitan kuman dalam darah..

Pada pilihanraya umum 2008, Sulaiman Timbalan Yang Dipertua PAS Labis ketika itu, Mohd Saim Siran.

Seorang penyokong PAS Kampung Redong berkata, "Mazlan paling sesuai kerana di Tenang ada juga kawasan Felda.

"Beliau (MAzlan) yang lebih tahu mengenai Felda. Kita nak tahu sebanyak banyak orang Felda menyokong Anak yang diusahakan oleh Mazlan itu," katanya.

Beliau menambah, ada tiga buah kawasan tanah rancangan Felda di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.

Rakannya, Zulkifli Sarmin pula memberitahu, Mazlan merupakan penggerak PAS Johor yang menonjol ketika ini terutama dengan isu penyelewengan Felda.

"Biarlah isu Felda terus didedahkan kepada pengundi Tenang, biar mereka tahu isu sebenar dalam tanah rancangan itu.

"Kalau pun kita tidak menang dalam pilihanraya ini, sekurangnya kita ada bekalan untuk pilihanraya umum akan datang.

"Sekurang-kurangnya kita tahu isu Felda ini. Kalau mereka sokong, maknanya isu ini boleh digunakan lagi dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.

Ditanya adakah pendedahan demi pendedahan mengenai penyelewengan Felda boleh mempengaruhi pengundi peneroka Tenang, Zulkifli berkata, "boleh jika kena caranya."

Katanya, di Tenang masyarakat penoraka hanya mendengar sahaja tetapi belum ada pihak yang mendedahkannya.

"Kalau Mazlan boleh dedahkan, saya percaya masyarakat peneroka Felda akan mengundi PAS apatah lagi kalau calonnya Mazlan sendiri," katanya.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Umno Labis menjelaskan isu penyelewengan Felda tidak berkesan untuk digunakan di Tenang.

ini kerana, kataya, tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat Felda di Tenang.

"Kami tidak pernah mendengar peneroka Felda merungut tidak puas hati…jadi apa isu yang hendak dibawa Mazlan di sini (Tenang)," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Alias

Saturday, December 18, 2010

Calon BN PRK N5 Tenang - Hashim Daud , Haslinda Salleh, Mansor Birat atau ....?

Siapakah calon UMNO bagi PRK N5 DUN Tenang nanti . Antara calon-calon yang disebut -sebut ialah: 

1. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis iaitu Hashim Daud , 
2. Ketua Wanita UMNO Labis Haslinda Salleh .
3. Ketua Pemuda UMNO Labis mansor Birat

SPR umum tarikh pilihanraya kecil dun Tenang 24 Dis 2010

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor, Jumaat ini.
Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria berkata pihaknya telah menerima notis berhubung kekosongan kerusi DUN itu selepas dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor pada 17 Dis lepas.
"SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Dis di ibu pejabat SPR di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kerusi DUN Tenang dalam kawasan Parlimen Labis, kosong berikutan kematian penyandangnya, Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas.
Sulaiman, 59, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada pukul 1.10 pagi

Friday, December 17, 2010

Analisis Pilihanraya Kecil DUN Tenang

Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi. PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis.

Pengkaji politik Wong Chin Huat (gambar kanan) berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan. Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau menekankan bahawa ia merupakan PRK pertama di negeri Johor, iaitu kubu BN, dan ia menguji sejauh manakah benarnya dakwaan BN, bahawa Johor masih kubu yang kukuh untuk BN.

Jikapun BN menang, "dari mana undi itu datang" menjadi persoalan penting. Labis merupakan kubu Chua Soi Lek, yang diwarisi dari bekas Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004. Chua yang tidak bertanding dalam PRU pada tahun 2008 berikutan terdedahnya skandal seks dirinya, menyerahkan kerusi ini kepada anaknya, Chua Tee Yong, yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kemenangan membawa makna kalah jikalau...

Justeru itu, PRK ini merupakan pertarungan Chua Soi Lek untuk bangkit semula. Bukan sahaja MCA perlu memenangi undi Cina, malah BN perlu menang dengan majoriti yang besar. Oleh itu, jikalau Chua Soi Lek gagal meraih 50% atau lebih undi Cina, maka kemenangan itu memberi makna kekalahan.

Pengkaji Merdeka Center, Tan Seng Keat pula berkata, BN mungkin tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi ADUN ini, tetapi undi majoriti dalam PRK ini menjadi tumpuan ramai, yang harus diteliti.

Tan Seng Keat yang juga seorang penduduk Johor berkata, "Ia sesuatu yang menarik sama ada Chua Soi Lek mampu mengembalikan sokongan Cina yang memihak kepada pembangkang pada PRU lalu. Dan ia bakal menentukan sama ada Chua mampu membuktikan jasa diri kepada UMNO dengan prestasi yang lebih terserlah."

Selain itu, Wong Chin Huat berkata, PRK Tenang membantu rakyat untuk menilai sama ada PRK Galas dan PRK Batu Sapi yang memberi kemenangan kepada BN itu adalah pola "kembalinya sokongan kepada BN", ataupun sekadar disebabkan faktor tempatan. Kedua-dua Galas dan Batu Sapi adalah kawasan pinggiran, maka strategi BN untuk menekankan "pembangunan" agak berkesan.

8 Mac 2008: Pengundi Cina memihak pembangkang

Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi.

Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan dipertandingkan oleh calon PAS. Seandainya diteliti, di kawasan di mana nisbah populasi pengundi terdiri daripada majoriti Cina, seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis - calon PAS mampu memperolehi 50% hingga 67% undi.

Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%.

Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin PAS akan mendapat sokongan Cina dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, cabaran PAS adalah untuk mendapatkan sokongan peneroka FELDA.

PR harus menarik sokongan peneroka FELDA

Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India dan 0.10% lain-lain.

Tan Seng Keat menjelaskan, pengundi Melayu di sini kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian, misalnya kelapa sawit atau getah. Oleh itu, kenaikan harga bahan mentah mungkin melegakan mereka dari segi ekonomi. Penduduk Cina pula kebanyakannya pekebun atau peniaga, dengan keadaan ekonomi yang agak baik.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata terdapat tiga kawasan FELDA di Tenang, iaitu FELDA Tenang, Cehmpal Barat dan Chemplak - kesemua ini adalah kawasan kubu BN, maka PAS perlu menarik sokongan di kawasan FELDA seandainya ingin menang.

Mazlan Aliman berpendapat, PAS harus tumpu untuk menarik sokongan pengundi muda generasi kedua dan ketiga kawasan FELDA, kerana mereka berdepan dengan masalah tiada rumah dan gaji rendah. Generasi kedua dan ketiga di kawasan FELDA ini hanya boleh menjadi buruh di ladang.

Di FELDA Tenang yang terdiri daripada 98.5% Melayu, sokongan BN masih teguh. PAS hanya meraih sokongan 20.4% undi dan DAP hanya memperoleh 10.2% undi. Malah di kawasan Cehmpal Barat dan Chemplak, PAS memperoleh 18.6% dan 18.7% undi masing-masing.

Seandainya dilihat pada kawasan yang terdiri daripada lebih 90% Melayu, seperti Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu, undi yang diperolehi PAS hanya berada antara 18% dengan 32%.

Apa yang menarik, komuniti India memperlihatkan dua pola pengundian yang berbeza dalam PRU 2008. BN memperolehi 67.9% undi di Ladang Bukit Dato yang terdiri daripada 46.6% pengundi India. Tetapi di Ladang Labis Utara yang terdiri daripada 71.7% India, kedua-dua pihak memperolehi 50% sokongan.

Majoriti BN mungkin berkurang

Walaupun Tan Seng Keat (gambar kanan) meramalkan bahawa BN mampu mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi beliau menganggap PR mampu mengurangkan undi majoriti kepada 1,500 undi. Beliau berkata, penduduk tempatan berdepan dengan masalah seperti kenaikan tarif air di Johor, pemindahan generasi muda ke luar negeri dan sebagainya.

Menurut satu kenyataan ahli parlimen Bakri-Johor, Er Teck Hwa sebelum ini, tarif air domestik di Johor telah meningkat dari 98 sen kepada RM1.05, di samping air industri yang berharga RM2.93 seunit pula mengalami peningkatan antara 0.15% hingga 17%.

Selain itu, Tenang berdepan dengan masalah pemindahan orang muda ke luar negeri. Ramai daripada generasi muda di Labis telah bekerja di luar negeri, terutamanya Singapura. Lantaran daripada itu, warga tua menjadi penduduk utama di kawasan pekan di situ. Penuaan penduduk bertambah ketara, semakin hari semakin hilang dinamiknya pekan ini.

Menurut pemerhatian Tan Seng Keat, MCA menawarkan perkhidmatan di tempatan yang agak baik, dan generasi tua Cina bercenderung untuk mengundi BN.

Pengundi Tenang tentukan harga minyak dan elektrik

Bagaimanapun, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Tenang sebagai ujian terhadap langkah transformasi ekonomi Najib Razak. Wong berkata, BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi pada November walaupun menaikkan harga minyak, gas dan gula pada 16 Julai 2010. Seandainya BN masih menang dalam PRK Tenang yang bakal berlangsung, setelah kenaikan harga baru-baru ini, maka Najib akan berkata pengundi merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Sebaliknya, seandainya BN berdepan dengan pertarungan sengit dalam PRK ini, maka Menteri Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Idris Jala perlu mengetepikan subsidy rationalization-nya. Selain itu, gelombang "harga naik" bakal membadai rakyat dengan cadangan PEMANDU untuk mengenakan fuel consumption tax, dan keputusan kabinet untuk meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Dengan terus-terang Wong Chin Huat berkata, kira-kira 30,000 pengundi kawasan Tenang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia - sama ada untuk menanggung harga minyak dan elektrik yang lebih tinggi atau sebaliknya.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Pilihanraya Kecil Tenang - Kepimpinan Umno bahagian Labis akan bermesyuarat ‘tidak lama lagi’

KUALA LUMPUR: Kepimpinan Umno bahagian Labis akan bermesyuarat ‘tidak lama lagi’ untuk menentukan calon pilihan raya kecil (PRK) kerusi negeri Tenang – kali ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Tarikh mesyuarat belum diputuskan tetapi Timbalan Ketua Bahagian Umno Tenang, Hashim Daud, memberitahu FMT bahawa kepimpinan bahagian akan berjumpa dengan kepimpinan perhubungan negeri ‘tidak lama lagi’.


Jentera gerakan pilihan raya sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya.

"Biasanya kepimpinan perhubungan negeri akan berjumpa dan berbincang dengan kepimpinan bahagian. Ia akan berlangsung tidak lama lagi selepas semua program dijalankan."

"Kami telah lama bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan sebegini. Kami sangat aktif menjalankan program sepanjang tahun, meskipun ia tidak bertumpukan kepada PRK," kata beliau.

Adun Tenang, Sulaiman Taha (gambar) 59, meninggal dunia pagi ini ekoran dari komplikasi dari penyakit diabetes. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November.

Hashim menambah bahawa Allahyarham yang merupakan Adun selama dua penggal dan ketua bahagian Umno Labis mengarahkan jentera parti untuk sentiasa bersedia menghadapi pilihanraya. Pendekatan ini membuatkan ahli parti di bahagian tersebut yakin akan dapat mengekalkan kerusi.

"Allahyarham Sulaiman sangat prihatin terhadap perkara begini. Setiap sayap sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihanraya."

Undi Cina dan India yang relevan

Sulaiman mengekalkan kerusi DUN Tenang di dalam pilihan raya umum lepas selepas menghadapi tentangan calon PAS yang sama – Mohd Saim Siran. Beliau menang dengan majoriti 2,492 undi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memberitahu wartawan di hospital bahawa Umno bersedia untuk menghadapi satu lagi pilihanraya kecil.

Kerusi DUN yang terletak di kawasan parlimen Labis, merupakan bekas kubu kuat presiden MCA, Dr Chua Soi Lek kini diwakili anaknya, Chua Tee Yong.

Satu lagi kerusi DUN Labis turut dimenangi calon BN, Tan Kok Hong dengan majoriti 1,944 undi.

Terdapat 14,511 pengundi berdaftar di DUN Tenang di mana 50% merupakan pengundi Melayu. Pengundi Cina dan India masing-masing membentuk 39% dan 12%.

Sulaiman tidak hadir di sidang Belanjawan Johor

Khabar angin mengenai PRK di Tenang kedengaran setelah Sulaiman tidak hadir dalam kesemua sidang belanjawan negeri bulan lepas.

BN mengawal DUN Johor dengan 50 kerusi manakala DAP mempunyai empat dan PAS, dua.

Sejak pilihan raya umum 2008, 13 PRK dilangsungkan dan 10 darinya disebabkan kematian. Parti komponen Pakatan Rakyat telah memenangi lapan dari 13 pilihanraya kecil.

""Kita terpaksa berdepan satu lagi PRK untuk kali ke-14 sejak pilihanraya umum 2008.

"Kita telah bersedia. Sebelum ini, kita lawan dengan PAS tetapi sekarang kami tak pasti sama ada PAS akan bertanding atau tidak," kata Hashim sambil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Sulaiman.

Pilihanraya Kecil Tenang - PAS Kawasan Labis

Barisan Pimpinana PAS Kawasan Labis

Piilihanraya Kecil Tenang Pemuda UMNO


SENARAI KETUA PEMUDA PERGERAKAN PEMUDA U.M.N.O CAWANGAN-CAWANGAN BAHAGIAN LABIS 2008/2011

BIL
CAWANGAN
KETUA PEMUDA CAWANGAN
01
Tenang Stesyen
Sdr. Yazid B. Abdul Aziz
02
Kampung Lembah Bakti
Sdr. Hamzah B. Hj.Selamat
03
Taman Sepakat
Sdr. Muhidin B. Hj.Suradi
04
Kampung Tenang
Sdr. Khairul Nizam B. Ab.Manap
05
Pekan Air Panas
Sdr. Khairul Adib B. Aini
06
Sawah Bahru
Sdr. Mohd Norhisam B. Daud
07
Felda Tenang
Sdr. Mohd Yunus B. Ismail
08
Jalan Kolam Air Felda Tenang
Sdr. Adnan B. Othman
09
Labis
Sdr. Hussin B. VM.Abd.Latiff
10
Perumahan Jalan Segamat
Sdr. Nor Ashikin B. Ismail
11
Ladang North Labis
Sdr. Mohd Amin B. Yasir
12
Perumahan Jalan Muar
Sdr. Razak B. Mooler
13
Felda Chemplak
Sdr. Rosli B. A.Samad
14
Felda Chemplak (2)
Sdr. Mohd Saari B. Sum
15
Felda Chemplak Barat
Sdr. Zuhaidi B. Mohd Amin
16
Labis Bandar
Sdr. Sariman B. Husin
17
Kampung Sg.Gatom
Sdr. Noor Asriq Huzaifah B. Hj.Selamat
18
Kampung Usaha Jaya
Sdr. Mohd Sharib B. Karjo
19
Perumahan Baru Chaah
Sdr. Mokhsen B. Bohari
20
Kampung Jawa Chaah
Sdr. Irman B. Ahmad
21
Kampung Jawa Baru Chaah
Sdr. Al Parebi B. Sukaini
22
Chaah
Sdr. Hasnol Hadi B. Datuk Abd.Rahman
23
Chaah Bandar
Sdr. Jamal B. Birat
24
Ladang Johor Labis
Sdr. Mohd Yusof B. Hussin
25
Tanah Pemulihan Banjir
Sdr. Mohd Nor B. Jantan
26
Rumah Awam Chaah
Sdr. Noordin B. Mohamed
27
Kampung Kangkar Chaah
Sdr. Mansor B. Birat
28
Kampung Sungai Lenek
Sdr. Shahrul B. Shaniwaz
29
Desa Temu Jodoh
Sdr. Musa B. Mohamad Dar @ Uchu
30
Bekok
Sdr. Omar B. Ibrahim
31
Rumah Rakyat Bekok
Sdr. Mazlan B. Dali
32
Kampung Panca Jaya Bekok
Sdr. Rosdyadi B. Ngadiyo
33
Kampung Melayu Bekok
Sdr. Nazri Hakim B. Ismail

Pilihanraya Kecil DUN Tenang

Ini adalah sebagahagian gambar-gambar masa penamaan calon bagi pilihanraya umum ke 12 2008 dulu. Barisan Nasional untuk Parlimen Labis menampilkan anak kepada Dato' Seri Chua Soi Lek iaitu Chua Tee Yong yang berusia 31 tahun untuk dijadikan calon ahli parlimen. Manakala dua DUN iaitu DUN Tenang dan DUN Bekok, masing² dipertahankan oleh calon sebelum ini. Untuk DUN Tenang, Ketua UMNO Bahagian Labis, Dato Sulaiman Taha. DUN Bekok plak, Tan Kok Hong