BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi. Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu. Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India. Sulaiman mengekalkan kerusi DUN Tenang di dalam pilihan raya umum lepas selepas menghadapi tentangan calon PAS yang sama – Mohd Saim Siran. Beliau menang dengan majoriti 2,492 undi.  Kerusi DUN yang terletak di kawasan parlimen Labis, merupakan bekas kubu kuat presiden MCA, Dr Chua Soi Lek kini diwakili anaknya, Chua Tee Yong. Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi. Satu lagi kerusi DUN Labis turut dimenangi calon BN, Tan Kok Hong dengan majoriti 1,944 undi. Terdapat 14,511 pengundi berdaftar di DUN Tenang di mana 50% merupakan pengundi Melayu. Pengundi Cina dan India masing-masing membentuk 39% dan 12%.

Berita Dari Blog

Blog Peneroka

Berita Politik Labis

Wednesday, January 19, 2011

Mohd Azahar Ibrahim calon BN untuk DUN Tenang

Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.
Azhar adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Ibrahim Daud.
Ahad lalu, PAS mengumumkan Ketua Dewan Muslimat Labis, Normala Sudirman, dipilih sebagai calon pakatan pembangkang.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada Sabtu ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, daripada BN pada 17 Disember lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sunday, January 16, 2011

Normala Sudirman Calon PAS di Tenang


LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Monday, January 10, 2011

Umno Tenang mula "bergomol" rebut calon, PAS mampu buat kejutan!

Oleh Safar Jumaat

Umno Johor tahun 2011 bukan Umno Johor dulu lagi. Ketika ini, apabila berlaku pilihan raya kecil DUN Tenang, 30 Januari ini, Umno sebenarnya cukup gusar dengan perkembangan yang berlaku di kawasan itu. Kematian
Dato' Sulaiman Taha, 17 Disember 2010 yang lalu sebenarnya mendedahkan banyak pekung dalam Umno di bahagian ini. Walaupun dari segi sejarahnya memang Dun Tenang adalah milik Umno, tetapi hari ini, ia terbuka kepada sesiapa sahaja, jika kena strateginya, Umno boleh dikalahkan.

Ketika Umno Johor mahu mencalonkan wanita sebagai calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, mereka sudah menunjukkan perbalahan yang cukup dahsyat. Terbaru, pertama kali ahli jawatankuasa bahagian bermesyuarat selepas kematian Sulaiman, perbalahan hingga gagal meneruskan mesyuarat telah tercetus.

Ada usaha untuk menyekat Timbalan Ketua Bahagian yang kini sudah tentu menjadi pemangku ketua, kerana dia bukan anak tempatan. Bermulalah cerita, Umno Johor akan mencalonkan anak tempatan hanya kerana mahu menyisihkan timbalan yang ada. Sejarah Umno bahagian ini cukup berwarna-warni. Sejak kepimpinan Allahyarham Ibrahim Daud, usaha mengenepikan Ibrahim sudah bermula dengan mencalonkan Dato' Bahari Haron sebagai Adun Tenang, walaupun dia bukan ketua bahagian.

Bahari kemudiannya dijadikan Ketua Bahagian atas kehendak Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tetapi apabila Bahari sudah kehilangan pengaruh akibat Muhyiddin ke Kuala Lumpur, Ibrahim berjaya menjadi Adun Tenang, walaupun hanya sepenggal. Selepas Ibrahim dikalahkan Allahyarham Sulaiman, Sulaiman terpilih menjadi Adun Tenang sejak 2004. Berlaku juga pertembungan antara Sulaiman dengan Dato' Abdul Rahman Yunus, tetapi Sulaiman masih kuat di situ.

Sebelum kewujudan Bahagian Sekijang, Baharom Mohamad adalah Timbalan Ketua Bahagian Labis. Banyak pihak mendakwa, sekiranya Baharom tidak berpindah ke Sekijang, beliau mungkin sudah mengetuai Umno Labis. Ini cerita lama tetapi kini, segala pekung yang sudah lama terpendam mula kelihatan. Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dikatakan sudah disampaikan maklumat bahawa jawatankuasa bahagian tidak boleh bekerja sama sekarang ini, kerana masing-masing merasakan mereka layak menjadi calon.

Tidak mustahil, jika sampai tarikh pilihan raya, pengundi-pengundi yang sudah meluat dengan karenah kepimpinan Umno bahagian ini akan mengajar Umno dengan mengalahkan calon yang dipertandingkan. Di Bakri dan Muar, PAS sudah berjaya memenangi dua kerusi Dun. Siapa sangka, Muar dan Bakri, bahagian yang mempunyai pemimpin-pemimpin Umno yang hebat suatu ketika dahulu, kini sudah mahukan perubahan.

Kebetulan, Labis ini berjiran dengan Pagoh. Bahagian Pagoh diketuai Muhyiddin dan Muhyiddin rasanya tidak berminat ke Labis walaupun jaraknya hanya selangkah dua. Tetapi, selepas ini, apabila berlaku PRK Dun Tenang, beliau mungkin akan berkampung di Tenang dengan cerita-cerita bahawa apa yang ada di Pagoh, akan dibawa ke Labis.

Sebenarnya, sama ada Ghani sebagai MB Johor dan Muhyiddin sebagai TPM tidak pernah berhasrat untuk membangunkan Labis. Jauh sekali mahu membantu mereka yang berada di Labis. Tetapi, usah terkejut jika selepas ini Muhyiddin dan Ghani akan menjanjikan bulan dan bintang di Labis, termasuk kawasan Felda Cempelak yang mempunyai sekitar 1,500 pengundi Melayu.

Pengundi Dun Tenang sepatutnya malu dengan kemudahan infra di kawasan mereka. Berpuluh tahun Parlimen Labis diwakili menteri tetapi, pembangunannya cukup mengecewakan. Tun Dr. Ling Liong Sik pernah menjadi Ahli Parlimen ini beberapa penggal sebelum diambil alih Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek.

Jika pengundi Dun Tenang sedar, jika dibandingkan 26 bahagian Umno dalam Negeri Johor, tidak keterlaluan jika dikatakan Labis lah antara kawasan yang paling ketinggalan dari bahagian-bahagian lain. Ini kerana kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat mungkin tidak perlu bersusah payah membangunkan Labis dan Dun Tenang, hanya kerana mereka yakin pengundi di kawasan ini memang penyokong tegar mereka.

Tenang dan Labis tidak popular seperti popularnya Segamat yang berjiran dengannya dan Pagoh. Ini kerana Segamat diwakili Menteri Sumber Manusia, Dato' Dr. S. Subramaniam dan Pagoh diwakili Muhyiddin. Jika PAS dan Pakatan Rakyat dapat memberi penerangan secara jelas kepada pengundi-pengundi di Tenang, jangan terkejut jika PRK kali ini akan menyebelahi PAS dengan memberi satu isyarat jelas kepada Umno Johor, bahawa mereka sudah tidak kebal lagi.

Abdul Ghani dan Muhyiddin tentunya menghadapi ujian besar di Tenang kerana jika Umno kalah, mereka akan salah menyalah antara satu sama lain. Muhyiddin yang sudah mengumumkan Abdul Ghani sebagai Pengarah PRK Dun Tenang ini tentunya mahukan komitmen Abdul Ghani 100 peratus kerana jika Umno (BN) kalah dalam PRK ini, momentum kemenangan di Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi akan menjunam teruk.

Sebenarnya, apabila berlaku PRK, Timbalan Perdana Menteri (Timbalan Pengerusi BN) adalah secara otomatik dilantik menjadi pengarah. Tetapi, mungkin Muhyiddin kurang selesa menjadi Pengarah PRK Tenang kerana Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor ialah Abdul Ghani. Sukar untuk Muhyiddin bekerja berganding bahu dengan Abdul Ghani kerana sejarah hitam hubungan mereka berdua sejak sekian lama.

Jika semua masalah ini disenaraikan di sini, tidak ada sebab mengapa Dun Tenang tidak boleh terlepas dari tangan BN dalam PRK 30 Januari depan.

DUN Tenang: Pemimpin NUPW mahu tanding calon Bebas


Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hujung bulan ini bukan sahaja akan menyaksikan pertandingan di antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, tetapi juga berkemungkinan calon Bebas.
Ini berikutan hasrat G. Sivanandan, 50, seorang pemimpin tempatan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Ladang (NUPW) untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi mewakili suara hampir 800 pengundi berdaftar di kalangan pekerja ladang di DUN Tenang.

“Nasib dan kebajikan pekerja ladang perlu dibela dan pencalonan saya sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu adalah untuk mewakili suara mereka (pekerja ladang DUN Tenang),” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau yang tinggal di pekan Chaah dan telah bergiat aktif di dalam NUPW kawasan tempatan selama 20 tahun mendakwa mendapat sokongan kuat daripada keseluruhan pekerja ladang di DUN Tenang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Proses penamaan calon telah ditetapkan pada 22 Januari ini.

DUN Tenang mempunyai empat buah ladang kelapa sawit iaitu Ladang North Labis, Ladang Sungai Labis, Ladang Voules dan Ladang Bukit Datok.
Sivanandan berkata, sokongan kuat yang diterimanya daripada pekerja ladang di DUN Tenang itu disebabkan oleh kekecewaan terhadap taraf hidup dan gaji rendah yang diterima oleh pekerja terbabit daripada majikan mereka.
Beliau bagaimanapun bersedia untuk mengkaji semula keputusannya hendak bertanding pada pilihan raya kecil itu, jika kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang itu.

“Saya bersedia menarik diri (daripada bertanding) jika kerajaan dapat memperbaiki kehidupan pekerja ladang,” katanya dan menambah beliau berhasrat berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyampaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang.
Beliau berkata pada ketika ini gaji yang diterima oleh pekerja ladang adalah di antara RM20 hingga RM30 sehari dan jumlah itu adalah tidak mencukupi untuk menampung kehidupan keluarga mereka.
“Gaji yang diterima itu tidak termasuk potongan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Socso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), bayaran elektrik dan air, kos persekolahan anak-anak, pinjaman, makanan dan lain-lain. Kehidupan mereka memang amat susah,” kata beliau.
Sivanandan berharap kerajaan mengambil perhatian serius dan menyelesaikan masalah yang telah membelenggu pekerja-pekerja ladang sejak sekian lama.Ditanya sama ada beliau menganggotai parti politik, beliau menafikan pernah menjadi anggota parti politik atau memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik tempatan.
“Bagaimanapun, parti-parti pembangkang memang meminta saya supaya meneruskan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas dengan alasan untuk memecahkan undi Barisan Nasional pada pilihan raya kecil itu,” dakwanya.

Tenang: Wanita Umno wants woman candidate

LABIS: Wanita Umno wants the Barisan Nasional leadership to consider a woman candidate for the Tenang state by-election in Johor on Jan 30.
Its head Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said Monday that she had proposed Labis Wanita Umno leader Haslinda Salleh as candidate.
"We have submitted the name of Haslinda Salleh as candidate, but we leave it to Datuk Seri Najib Tun Razak (the Prime Minister and Barisan chairman) to decide," she told reporters at Kampung Sawah Baru here Monday.
Shahrizat, who is the Women, Family and Community Development Minister, said that women leaders should not be marginalised in the selection of candidates because they, like their male counterparts, had a fine record of service.
The by-election follows the death of Barisan assemblyman Datuk Sulaiman Taha of diabetes-related blood infection. Nomination day is Jan 22.
Shahrizat said that BN leaders should remember that women voters make up almost half the voters when deciding on the candidate for the by-election.
PAS, which has confirmed that it will contest the by-election, is reported to be seriously considering fielding a woman candidate. - Bernama

Sunday, January 9, 2011

DUN Tenang: Calon PAS anak tempatan, diumum 16 Januari


KUALA LUMPUR, 9 Jan — PAS sudah membuat keputusan muktamad berhubung siapa yang bakal mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hujung bulan ini.
Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, parti Islam itu sudah memutuskan siapa calon dalam mesyuarat bulanan ahli jawatankuasa kerja pusat yang diadakan hari ini.
Bagaimanapun beliau enggan memberi bayangan siapa calonnya. Ia dijangka akan diumumkan 16 Januari ini.
“Dalam mesyuarat hari ini, kita bincang banyak perkara tapi yang utama adalah soal calon.
“Kita terima senarai nama dari (PAS) Johor, bincang dan sudah buat keputusan siapa calon yang akan bertanting mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.
“Calon akan diumumkan pada 16 Januari ini, calon adalah anak tempatan, jadi jangan nak tanya banyak-banyak (pasal calon),” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.
Beliau berkata dengan perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP tidak mustahil untuk menang walaupun ia kubu kuat Umno-Barisan Nasional (BN).
“Bagi kita Johor dianggap sebagai kubu Umno paling kuat dari dulu tapi perubahan sudah berlaku, tapi kita masih anggap Johor dan Tenang masih kubu kuat.
“Keadaan sudah berubah, kalau dulu tak menang tapi sekang kita sudah menang, kalau kita boleh kurangkan majoriti BN ia satu kemenangan.
“Kalau menang ia satu kejutan tapi bukan mustahil (untuk menang),” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata “kejutan” akan berlaku di pilihan raya kecil DUN Tenang.
“Kita sedar kekuatan Umno tapi dengan calon dan jentera akan berlaku kejutan, satu persembahan yang menarik yang akan memeriahkan lagi pilihan raya kecil Tenang.
“Kita tahu sejak lima tahun kebelakangan ini Anak telah bekerja dengan begitu kuat sekali, kita sudah dapat dekati dengan warga Felda.
“Jadi saya rasa tiada masalah (untuk dapat sokongan), dengan kehadiran ramai peguam dan kes yang memihak kepada peneroka ia lebih mudah untuk kita,” kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang.
Pilihan raya kecil DUN Tenag diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lepas.
Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang ialah pada 22 Januari in manakala manakala hari pengundian diadakan pada 30 Januari.
Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Kawasan itu mempunyai tiga penempatan Felda dengan pengundi dianggarkan lebih 3,000 orang.

Friday, January 7, 2011

OKU Bakal calon BN di Tenang?


Barisan Nasional mungkin meletakkan calon dari Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam plihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang yang akan akan berlangsung pada 30 Januari 2011.
Menurut sumber, calon teratas dalam senarai pilihan BN sekarang ialah ketua Pemuda Labis, Mansor Birat. Selain Mansor nama yang dipertimbangkan ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis yang juga bekas Ketua Pemuda Bahagian, Rosedin Mahamud. Selain itu, Nama Naib Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Wanita UMNO Bahagian turut disenaraikan.
Berdasarkan kedudukan dalam UMNO Bahagian Rosedin mungkin dipilih menjadi calon. Namun hubung kait beliau yang rapat dengan Khairy Jamaluddin mungkin menimbulkan sedikit masalah untuk diletakkan sebagai calon.
Ketua Penerangan UMNO Johor awal-awal lagi memberi isyarat yang seolah-olah menolak pemilihan Rosedin apabila menyatakan DUN Tenang memerlukan calon anak tempatan yang sekaligus dilihat oleh pemerhati politik sebagai usaha menolak pencalonan Rosedin yang berasal dari Negeri Sembilan.
Isu calon anak tempatan bukan besar sangat pun di Johor kerana ramai wakil rakyat Johor bukan anak tempatan. Namun kenyataan yang dilontarkan oleh Datuk Shamsul Bahari ini menunjukkan ada usaha penolakan daripada pimpinan UMNO Johor terhadap pencalonan Rosedin.
Penolakan Rosedin dipercayai kerana dilihat antara penyokong kuat Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin sejak zaman Khairy menjadi Naib Ketua Pemuda lagi. Pimpinan UMNO Johor mungkin risau sentimen anti Khairy yang menjadi sebahagian punca kekalahan banyak kerusi BN dalam pilihan raya 2008 masih kuat di Johor.
Ini juga dapat dilihat dari segi pergerakan Pemuda UMNO Johor sendiri pada hari ini masih gagal menjalankan fungsi dengan baik apabila Khairy melantik Ketua Pemuda Air Hitam sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor yang tidak mendapat sokongan majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor.
Bagaimanapun kemenangan Rosedin sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian bermakna beliau ada kekuatan tersendiri di bahagian tersebut biar pun belum tentu mendapat sokongan pengundi DUN Tenang.
Selain itu, BN mengambil kira Mansor Birat yang hilang upaya sebelah tangan boleh memberi kelebihan kepada parti tersebut dalam menyaingi Pas yang kemungkinan meletakkan calon wanita.
Pemilihan Mansor akan memberi dimensi baru kepada imej Barisan Nasional keseluruhan yang akan dilihat memberi ruang yang sama rata termasuk kepada mereka yang dianggap sebagai OKU.
Sungguhpun hilang keupayaan sebelah tangan, Mansor tetap dapat bekerja seperti orang lain termasuk memandu kereta dan membuat pelbagai kerja seperti orang biasa. Malah keupayaan beliau meyakini Pemuda UMNO Labis melantik beliau sebagai Ketua Pemuda merupakan satu kebolehan politik yang sangat luar biasa jika mengambil kira kekurangan fizikal dan kewangan beliau.