BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi. Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu. Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India. Sulaiman mengekalkan kerusi DUN Tenang di dalam pilihan raya umum lepas selepas menghadapi tentangan calon PAS yang sama – Mohd Saim Siran. Beliau menang dengan majoriti 2,492 undi.  Kerusi DUN yang terletak di kawasan parlimen Labis, merupakan bekas kubu kuat presiden MCA, Dr Chua Soi Lek kini diwakili anaknya, Chua Tee Yong. Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi. Satu lagi kerusi DUN Labis turut dimenangi calon BN, Tan Kok Hong dengan majoriti 1,944 undi. Terdapat 14,511 pengundi berdaftar di DUN Tenang di mana 50% merupakan pengundi Melayu. Pengundi Cina dan India masing-masing membentuk 39% dan 12%.

Berita Dari Blog

Blog Peneroka

Berita Politik Labis

Friday, December 24, 2010

Senarai Calon DUN Tenang - PAS 4, UMNO 7

PAS Labis  dan UMNO Labis telah mempunyai senarai calon untuk dipertimbangkan – yang bakal memikul cabaran pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri DUN Tenang di Johor yang akan diadakan akhir bulan depan.
PAS telah menyenarai pendek empat nama untuk mewakili Pakatan Rakyat, manakala Umno menyenarai seramai tujuh nama untuk mewakili Barisan Nasional yang akan diserahkan kepada kepimpinan tertinggi parti masing-masing untuk membuat keputusan.
Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha wakil rakyat Umno-BN pada 17 Disember lepas.
Menurut Yang Dipertua PAS kawasan Labis Mohd Salleh Abdullah,pihaknya akan mengemukakan empat nama kepada PAS Johor sebelum dibawa ke PAS pusat untuk memilih siapa yang layak untuk mewakili Pakatan Rakyat.
“Soal calon saya tidak boleh nak cakap kerana saya tiada kuasa tapi apa yang boleh saya katakan empat nama telah disenarai pendek untuk diserahkan kepada PAS negeri sebelum dibawa ke PAS pusat untuk buat keputusan
“Calon-calon yang kita kemukakan ini adalah berwibawa semuanya adalah anak jadi Johor ” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Umno Labis Abd Razak Abd Rashid berkata, calon yang akan mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu adalah anak tempatan Labis
“Calon kita memang anak tempatan, kita dah senarai pendek tujuh nama untuk diserahkan kepada Badan Perhubungan Umno Johor sebelum dibawa ke Umno pusat untuk buat keputusan
“Kita, Umno-BN sedia untuk menghadapi serangan daripada pembangkang dan mempertahankan kerusi ini ” katanya
Beliau yakin Umno-BN yang kini dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan mempertahankan kerusi DUN Tenang daripada dirampas Pakatan Rakyat.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kerusi DUN Tenang mempunyai 14 753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Daripada jumlah tersebut, seramai 7,014 orang (47.54%) adalah pengundi Melayu, 5,766 (39.08 %) Cina, 1,780 (12.07%) India, enam Bumiputera Sabah (0.04%), lima Bumiputera Sarawak (0.03%) dan 171 orang Asli (1.16%) serta lain-lain seramai 11 orang (0.07).

No comments:

Post a Comment