BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi. Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu. Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India. Sulaiman mengekalkan kerusi DUN Tenang di dalam pilihan raya umum lepas selepas menghadapi tentangan calon PAS yang sama – Mohd Saim Siran. Beliau menang dengan majoriti 2,492 undi.  Kerusi DUN yang terletak di kawasan parlimen Labis, merupakan bekas kubu kuat presiden MCA, Dr Chua Soi Lek kini diwakili anaknya, Chua Tee Yong. Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi. Satu lagi kerusi DUN Labis turut dimenangi calon BN, Tan Kok Hong dengan majoriti 1,944 undi. Terdapat 14,511 pengundi berdaftar di DUN Tenang di mana 50% merupakan pengundi Melayu. Pengundi Cina dan India masing-masing membentuk 39% dan 12%.

Berita Dari Blog

Blog Peneroka

Berita Politik Labis

Friday, January 7, 2011

OKU Bakal calon BN di Tenang?


Barisan Nasional mungkin meletakkan calon dari Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam plihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang yang akan akan berlangsung pada 30 Januari 2011.
Menurut sumber, calon teratas dalam senarai pilihan BN sekarang ialah ketua Pemuda Labis, Mansor Birat. Selain Mansor nama yang dipertimbangkan ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis yang juga bekas Ketua Pemuda Bahagian, Rosedin Mahamud. Selain itu, Nama Naib Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Wanita UMNO Bahagian turut disenaraikan.
Berdasarkan kedudukan dalam UMNO Bahagian Rosedin mungkin dipilih menjadi calon. Namun hubung kait beliau yang rapat dengan Khairy Jamaluddin mungkin menimbulkan sedikit masalah untuk diletakkan sebagai calon.
Ketua Penerangan UMNO Johor awal-awal lagi memberi isyarat yang seolah-olah menolak pemilihan Rosedin apabila menyatakan DUN Tenang memerlukan calon anak tempatan yang sekaligus dilihat oleh pemerhati politik sebagai usaha menolak pencalonan Rosedin yang berasal dari Negeri Sembilan.
Isu calon anak tempatan bukan besar sangat pun di Johor kerana ramai wakil rakyat Johor bukan anak tempatan. Namun kenyataan yang dilontarkan oleh Datuk Shamsul Bahari ini menunjukkan ada usaha penolakan daripada pimpinan UMNO Johor terhadap pencalonan Rosedin.
Penolakan Rosedin dipercayai kerana dilihat antara penyokong kuat Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin sejak zaman Khairy menjadi Naib Ketua Pemuda lagi. Pimpinan UMNO Johor mungkin risau sentimen anti Khairy yang menjadi sebahagian punca kekalahan banyak kerusi BN dalam pilihan raya 2008 masih kuat di Johor.
Ini juga dapat dilihat dari segi pergerakan Pemuda UMNO Johor sendiri pada hari ini masih gagal menjalankan fungsi dengan baik apabila Khairy melantik Ketua Pemuda Air Hitam sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor yang tidak mendapat sokongan majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor.
Bagaimanapun kemenangan Rosedin sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian bermakna beliau ada kekuatan tersendiri di bahagian tersebut biar pun belum tentu mendapat sokongan pengundi DUN Tenang.
Selain itu, BN mengambil kira Mansor Birat yang hilang upaya sebelah tangan boleh memberi kelebihan kepada parti tersebut dalam menyaingi Pas yang kemungkinan meletakkan calon wanita.
Pemilihan Mansor akan memberi dimensi baru kepada imej Barisan Nasional keseluruhan yang akan dilihat memberi ruang yang sama rata termasuk kepada mereka yang dianggap sebagai OKU.
Sungguhpun hilang keupayaan sebelah tangan, Mansor tetap dapat bekerja seperti orang lain termasuk memandu kereta dan membuat pelbagai kerja seperti orang biasa. Malah keupayaan beliau meyakini Pemuda UMNO Labis melantik beliau sebagai Ketua Pemuda merupakan satu kebolehan politik yang sangat luar biasa jika mengambil kira kekurangan fizikal dan kewangan beliau.

No comments:

Post a Comment